|
Monday, 4 November 2013
01:42 | 0 comments
Bismillah
Comel kan farah? Aku sayang dia.
Ini gambar pertama kami. Masa ni kitaorang tak rapat. Just kawan sekelas. Dan jarang sangat tegur. Masa ni birthday dia. Yang ke-15. Start haritu, aku rasa aku mula rapat dengan dia. Masa tu, aku mula tahu apa erti persahabatan yang sebenar.
Next, di cameron
Orang belakang tu merosakkan gambar u.u
Gula gula tu, kalau tukar dengan bunga, mesti lagi sweet kan? Hahahaha :'D
Smart bukan?
Aku suka dua gambar ni. Suka sangat sangat. Nampak sweet kan? Yeahh semua gambar kat atas ni masa rombongan Cameron Highlands. Farah, aku sayang kau :')
Masa ni sukan sekolah. Thanks farah sebab tengok aku lari. And thanks sebelum aku lari tu, kau cakap goodluck kat aku. Enjoy je aku lari ingat kau. Hahahahahahahahahaha :'D loveyou
Haaa, masa ni dekat rumah kau kann. Setiap selasa ngan khamis pergi rumah kau sebab nak study kat rumah cikgu. Aku suka gambar ni sangat sangat. Kau nampak comel :'D loveyou
Okay, aku nak share gambar rombongan melaka n kl pulak
Awak, awak comel sangat sayang. Kita kena kuat. Untuk pertahankan persahabatan kita :')
Bayang bayang seorang manusia yang di kiri, sangat sayang akan orang yang bayang bayang yang di kanan
Sayang awak :'D
Muka agak poyo, tapi muka awak sangat comel
Wallpaper handphone :'D
Hari ketiga di melaka. Selamat pagi. Aku suka gambar ni
Nampak tak aku dengan dia? Aku rindu masa ni. Dia pegang tangan aku untuk ajar aku dan elakkan aku dari jatuh. Bila aku jatuh, dia pegang tangan aku. Bila dia jatuh, aku pegang tangan dia.
Aku sayang kau. Takkan aku lepaskan. Aku tak rela
Terdapat cahaya di muka awak. Cewah :'D
Awak kenapa jahat sangat curi 'mata' saya. Haha comel. I mean tangan kat atas kepala awak tu :'P
Let me be your photographer sayang :'D
Jujur, aku terlalu sayang kau
Awak menyibuk....tapi comel :'D
Demi Allah, aku sayang dia. Terima kasih sayang, sebab sudi pegang tangan aku. Tolong, terus pegang dan bawa aku ke Jannah
Sayang, awak pendek :'D tapi malangnya, sayang aku dekat kau, bukan melalui paras rupa tapi melalui hati kau. Aku betul betul sayang kau. Aku rindu kau. Aku yakin, kau pun rindu aku. Aku nak macam dulu. Aku takkan putus asa berdoa, takkan. Maaf. Aku sayang kau............
Masa ni birthday aku. Farah buatkan gambar ni and bagi dekat aku. Thank you so much sayang. Sorry sebab marah kau, lambat wish dekat aku. Tapi wish kau lain, yaa dengan ada gambar. And umi kata aku lahir pagi, pukul 7pagi lebih sikit macam tu. And farah wish dekat aku, pukul 7.09pagi so dia wish hampir tepat pada masanya. Maaf sebab marah. Seriously, aku sayang kau.
Aku suka setiap gambar di atas. Sebab apa? Sebab setiap gambar, ada kenangan kita yang tersendiri. Ada cerita kita yang tersimpan. Jujurlah, aku sayang kau. Aku tak mahu kehilangan kau lagi
Aku tahu aku tak layak nak berkawan ngan kau sebab aku dah banyak sakitkan hati kau. Mulut aku kata takpe, aku tak kesah, tapi hati aku menyimpan beribu perkataan untuk diluahkan kepada kau. Walaupun aku selalu cerita dekat kau, masih ada banyak lagi yang aku sorokkan. Mulut aku kata benci, tapi aku terlalu sayang. Kerana ego yang menguasai diri. Kita selalu gaduh. Aku ingat lagi masa kita gaduh kat sekolah tu. Sampai kau koyakkan surat kita tu depan aku yang aku kata aku benci kau. And aku pun rasa tercabar. Aku koyakkan jugak. Hahahahahahahahahahahaha tanpa kita perasan, dua dua ego. Dulu kalau kita gaduh, dia nangis. Sekarang dah tak. Maybe sebab dah selalu sangat gaduh, dia berubah setiap kali aku ada masalah, aku akan cerita dekat dia. Sebab aku selesa dengan dia. Dia selalu bagi aku support. Alhamdulillah aku yang dulu bukan yang sekarang. Dulu aku sangat sangat sangatlah teruk. Terima kasih Allah turunkan dia untuk aku. Aku takkan pernah lupakan dia. Walaupun aku dah mati nanti, aku takkan lupakan dia. InsyaAllah. Cemburu itu lumrah manusia. Aku rasa. Aku tahu aku tak patut rasa semua tu. Kena bertempat. Tapi ianya sangatlah sakit menahan yang hanya Allah tahu sakitnya hati aku. Tapi takpee, aku akan cuba lembutkan hati aku. Allah akan pelihara hati aku. Aku akan kawal. InsyaAllah. Aku mintak maaf untuk segala galanya. Yelah, dah banyak sangat kan aku buat kau sakit. Sepatutnya aku tak patut rapat sangat dengan kau. Sepatutnya aku takyah cerita problem aku dekat kau. Kalau tak mesti kau tak terseksa macam ni kan sayang. Sampai hati kau pun berubah sebab dah banyak kali hati tu terluka. Terluka kerana sikap aku. Ya Allah. Farah, aku betul betul mintak maaf. Diri ini betul betul sayang kau. Sampai aku asyik menyakiti diri kau. Malam kedua masa kat melaka tu kita gaduh lagi. Dan aku peluk kau. Aku bahagia sangat. Hati aku menjerit. AKU SAYANG KAU SANGAT SANGAT. Aku tahu aku ni pelik orangnya. Tapi aku bersyukur sangat mengenali kau. Jujur sayang, sekarang ni aku betul betul rindu kau. Kita wechat setiap masa kan. Tiba tiba kita jadi macam ni. Aku nak tegur kau tapi aku takut kau tak layan aku. Tapi aku akan tahan. Yaa, aku akan kuat. Allah ada untuk aku sampaikan rindu tu dekat kau. Aku takut. Aku takut sangat sangat sayang tu hilang dan pergi ke orang lain. Lagi lagi kita asyik gaduh dan makin tak rapat. Kau pulak rapat dengan orang lain. Aku takut. Aku taknak sayang tu hilang. Aku betul betul sayang kau. Aku rindu kau. Rindu kita yang dulu. Bersweet sweet semua tu. Maaf. Kerana ego aku. Aku tahu salah aku. Aku tak dapat jadi yang terbaik dan asyik menyakiti kau. Aku mintak maaf. Aku rindu. Tolong, maafkan aku. Aku nak kita macam dulu. Aku sayang kau. Tolong, Aku tak kuat. Aku perlukan kau. Maaf. Hanya ucapan maaf yang aku mampu cakap dekat kau. Farah, dengar sini. Demi Allah, aku sayang kau. Aku tak rela lepaskan begitu sahaja. Itu sahaja yang aku mampu cerita. Kalau aku pergi dulu, korang tolong cakap dekat farah, aku mintak maaf. Dan tolong cakap, aku sayang dia sangat sangat. Allahu. Assalamualaikum :')
Alhamdulillah
|

















.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)




